Skip to main content

Perbezaan Emas LBMA dan Non LBMA


 

Apakah itu sijil LBMA dan apa perbezaan antara Non LBMA dan LBMA?


Sijil LBMA

Untuk pengetahuan kalian, sebahagian Emas keluaran Public Gold diiktiraf di peringkat antarabangsa di mana sekiranya ianya mempunyai pensijilan LBMA, bermaksud, emas itu lebih mudah diterima di mana-mana negara di seluruh dunia.



Gambar menunjukkan Emas 1 Dinar LBMA Public Gold



Apakah itu LBMA?


LBMA (London Bullion Market Association) ialah organisasi profesional yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England di mana ianya merupakan pusat perdagangan emas fizikal dunia.

Set LBMA mengekalkan piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” pasaran profesional.

LBMA merupakan persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai asas pelanggan di peringkat global.

Sekiranya kalian memiliki emas yang mempunyai pensijilan LBMA, maka ianya lebih mudah di terima di mana-mana kedai emas di seluruh dunia.


Bagaimana pula dengan Emas Non LBMA?

Untuk pengetahuan kalian, Public Gold telah mengeluarkan Emas Dinar Baru (Non LBMA) setelah kerajaan Malaysia menghapuskan cukai GST pada tahun 2020.

Ketulenan Emas Dinar LBMA dan Emas Dinar tempatan adalah sama iaitu 999.9 (99.9%) dan harganya juga adalah sama sewaktu pengecualian cukai GST. Jika kerajaan Malaysia mengenakan cukai GST ini akan menyebabkan harga emas tempatan iaitu Non LBMA akan menjadi lebih mahal kerana perlu membayar cukai GST. Berbanding dengan Emas LBMA.



Ini adalah contoh Emas Non LBMA.



Emas Sijil LBMA VS Emas Tiada Sijil LBMA

Apakah perbezaan emas yang ada LBMA dan emas yang tiada LBMA (Non LBMA)?

1. LBMA merupakan pematuhan piawaian untuk pembentukan emas atau perak.

2. Dari segi kualiti produk, kedua-duanya adalah emas 999 (atau emas 24k). Ketulenannya adalah sama.

3. Melalui perbandingan dari segi harga pula, kedua-duanya adalah sama dari segi nilai jualan dan belian.

4. Keistimewaan untuk Emas LBMA, ianya lebih senang di jual di luar negara kerana mempunyai standard global.

5. Emas Non LBMA, boleh di jual di luar negara di mana ianya perlu menjalani proses ujian ketulenan emas.

6. Secara umumnya, kedai emas dan Ar-Rahnu di Malaysia tidak menjadikan Emas LBMA sebagai syarat untuk tujuan pajakan atau jual beli.

Semoga penjelasan ini jelas dan membantu.


Nisaa’ Ma’arof 

Dealer Public Gold 

https://linktr.ee/nisaamaarof



Comments

Popular posts from this blog

Kemaskini Profile di Website Public Gold

Untuk pengetahuan anda, adalah penting untuk kita kemaskini profile di website Public Gold. Ini bagi mengelakkan nama Public Gold digunakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak, oleh, unsur jenayah untuk tujuan aktiviti pencucian wang (Money Laundering) seperti yang di kehendaki oleh Bank Negara Malaysia. Bagaimanakah langkahnya? Di bahagian hadapan, akan ada warna merah supaya anda lebih alert. Bahagian bawah akan ada 2 button seperti ini. Maka, kita perlu kemaskini PROFILE terlebih dahulu.  Isikan details yang diperlukan dan jangan lupa untuk "UPLOAD" IC anda depan dan belakang seperti ini. Setelah isi maklumat peribadi, attach gambar IC, request TAC. TAC ini akan dihantar ke email dan no telefon yang berdaftar dengan Public Gold. Kemudian, anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu kemaskini MAKLUMAT BANK . Untuk pelanggan Public Gold / Dealer, maklumat perbankan diperlukan adalah bertujuan untuk: - Buy Back (Penjualan Semula) : bermaksud sekiranya anda mahu menj...

Cara Tuntutan Emas di Public Gold

BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN? Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah: ✅ Sijil Kematian ✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak) ✅ Salinan IC pewaris ✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak). Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik. Jika si mati mempunyai ongoing Easy Payment Purchase (EPP), waris boleh juga buat tuntutan.  Waris boleh pilih antara 2: (a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% processing fee atau (b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut. Harap Maklum. * Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad. Nisaa’ Ma’arof Dealer Public Gold 

Panduan Reset Password di Website Public Gold

Langkah pertama ialah Login di Website Public Gold seperti biasa. Kemudian klik “ Forgot Your Password ”. Kemudian, masukkan email yang anda daftarkan di Public Gold dan klik button SUBMIT . Boleh rujuk seperti gambar di bawah. Di bahagian bawah Login Forgot Password dan boleh klik disitu. Isikan email yang berdaftar dengan Public Gold, dan klik button SUBMIT. Semak email dan kemudian, klik link yang di hantar. Tetapkan New Password anda yang baru. Selesai.