Skip to main content

Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold


 


Hi, salam sejahtera. Hari ini kita akan berkongsi tentang design Bunga Mas dan Tai Fook dari Public Gold. Syarikat Public Gold adalah merupakan salah satu syarikat Emas di Malaysia yang mempunyai kilang emas sendiri (Refiner) dan boleh menghasilkan produk emas mengikut design sendiri.

Antara design yang Public Gold hasilkan adalah Goldbar Bunga Mas dan juga Tai Fook. Kualiti emas yang dihasilkan oleh syarikat Public Gold sangat kemas walaupun BUKAN LBMA.

Apa yang uniknya design Bunga Mas dan Tai Fook ini?


BUNGA MAS


Bunga Mas merupakan sebuah pokok emas yang menjadi “ufti” yang di hantar kepada Raja Siam setiap 3 tahun. Ufti ini diperbuat dari pohon kecil setinggi 1.5 meter dan seberat 15 kilogram di mana ianya di perbuat daripada emas dan perak serta diiringi dengan barangan mewah seperti senjata, hamba abdi, kain dan sebagainya.

Pokok ini dibuat oleh Kesultanan Melayu yang terdiri dari empat buah negeri iaitu Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ianya merupakan tradisi mereka dari abad ke-19, sebelum di ambil alih oleh pihak British.

Sehubungan dengan itu, syarikat Public Gold mengambil inisiatif untuk menghasilkan jongkong Bunga Mas berdasarkan sejarah. Antara berat yang dihasilkan adalah 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram bermula pada 1 Julai 2013.

Jongkong Bunga Mas keluaran Public Gold memiliki design yang sangat unik, di mana, bahagian depan diukir dengan illustrasi bunga beserta dengan tulisan kaligrafi jawi iaitu, "بوڠا ماس". Bahagian belakang pula mempunyai ukiran songket yang sangat menarik. Di mana ianya melambangkan kehebatan dan keistimewaan orang Melayu sejak dahulu kala.



Ini adalah design Bunga Mas untuk 10 gram





Inilah Bunga Mas ufti yang diberikan zaman Kesultanan Melayu kepada Raja Siam



TAI FOOK


Simbolik kepada orang Cina adalah Naga. Simbol Naga melambangkan simbol tuah dan kekayaan. Dalam tamadun Cina juga, Naga digambarkan sebagai haiwan yang memiliki kekuasaan dan kekuatan yang hebat. Jika kita lihat sejarah, maharaja China juga menggunakan simbol Naga sebagai satu simbolik kepada kekuasaan Maharaja. Ini jelas kepada jubah Maharaja China yang mempunyai gambar Naga.

Sehubungan dengan itu, Public Gold juga telah melancarkan jongkong emas berketulenan 999.9 edisi Tai Fook. Untuk jongkong Emas edisi Tai Fook, berat yang di lancarkan ialah 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram pada 15 November 2012.

Jongkong emas Tai Fook memiliki design yang simple di mana pada bahagian depannya ada tertulis kaligrafi cina iaitu 大福 (Tai Fook) yang bermaksud sangat bertuah atau memberikan keuntungan yang besar / kemakmuran yang hebat. Manakala, bahagian belakang, terdapat ukiran Naga 3D yang sangat cantik. Sangat unik bukan?


Ini adalah design 10 gram Emas Public Gold edisi Tai Fook





Inilah keistimewaan yang ada pada design Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold.


Semoga perkongsian ini membawa manfaat.


Nisaa’ Ma’arof
Dealer Public Gold
(No Tel : 011-32540015)










Comments

Popular posts from this blog

Kemaskini Profile di Website Public Gold

Untuk pengetahuan anda, adalah penting untuk kita kemaskini profile di website Public Gold. Ini bagi mengelakkan nama Public Gold digunakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak, oleh, unsur jenayah untuk tujuan aktiviti pencucian wang (Money Laundering) seperti yang di kehendaki oleh Bank Negara Malaysia. Bagaimanakah langkahnya? Di bahagian hadapan, akan ada warna merah supaya anda lebih alert. Bahagian bawah akan ada 2 button seperti ini. Maka, kita perlu kemaskini PROFILE terlebih dahulu.  Isikan details yang diperlukan dan jangan lupa untuk "UPLOAD" IC anda depan dan belakang seperti ini. Setelah isi maklumat peribadi, attach gambar IC, request TAC. TAC ini akan dihantar ke email dan no telefon yang berdaftar dengan Public Gold. Kemudian, anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu kemaskini MAKLUMAT BANK . Untuk pelanggan Public Gold / Dealer, maklumat perbankan diperlukan adalah bertujuan untuk: - Buy Back (Penjualan Semula) : bermaksud sekiranya anda mahu menj...

Cara Tuntutan Emas di Public Gold

BAGAIMANA TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN? Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah: ✅ Sijil Kematian ✅ Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak) ✅ Salinan IC pewaris ✅ Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak). Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik. Jika si mati mempunyai ongoing Easy Payment Purchase (EPP), waris boleh juga buat tuntutan.  Waris boleh pilih antara 2: (a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% processing fee atau (b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut. Harap Maklum. * Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad. Nisaa’ Ma’arof Dealer Public Gold 

Panduan Reset Password di Website Public Gold

Langkah pertama ialah Login di Website Public Gold seperti biasa. Kemudian klik “ Forgot Your Password ”. Kemudian, masukkan email yang anda daftarkan di Public Gold dan klik button SUBMIT . Boleh rujuk seperti gambar di bawah. Di bahagian bawah Login Forgot Password dan boleh klik disitu. Isikan email yang berdaftar dengan Public Gold, dan klik button SUBMIT. Semak email dan kemudian, klik link yang di hantar. Tetapkan New Password anda yang baru. Selesai.