Skip to main content

Caj Premium Public Gold. Kenapa?



 

Antara persoalan yang saya selalu terima ialah berkenaan dengan Caj Premium dari Public Gold.

Setiap pembelian Emas dan Silver keluaran dari Public Gold, akan ada satu caj yang dinamakan sebagai “Gold Premium” dan “Silver Premium”. Jadual Premium di bawah telah disemak bermula 1 Ogos 2017. Caj ini akan dikenakan untuk setiap pembelian Outright Purchase (non-GAP) atau pembeli melalui akaun Emas GAP.


Ini adalah list untuk caj premium yang dikenakan oleh Public Gold dan tertakluk kepada sebarang perubahan.


Apakah sebenarnya caj Premium?

Caj Premium merupakan kos yang terlibat untuk menghasilkan produk akhir (emas / perak fizikal) termasuk menguruskan emas / perak bagi pihak pelanggan (customers) dari mula order sehingga sampai items yang di order. Dan ianya bukanlah caj untuk postage.


Bagi mereka yang membuat belian secara Easy Payment Purchase (EPP) secara 4 kali atau 10 kali bayaran (sekiranya ada promosi), ada caj tambahan yang di namakan sebagai EPP Premium.


Caj itu dikenakan ke atas setiap keping item emas / perak. (Boleh rujuk jadual di atas).


Secara umumnya, Emas di Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time (harga semasa). Harga tersebut belum termasuk dalam kos Premium. Ianya adalah caj yang merangkumi kos-kos seperti Logistik, Gaji Pekerja Public Gold, Insurans dan Kos Minting.



Jadual menunjukkan harga semasa di PG Sell yang belum di tambah dengan caj Premium

Bagaimana Cara untuk menjimatkan Kos Premium?

Cara mudah untuk menjimatkan caj Premium adalah dengan membeli atau mengeluarkan dari Akaun Emas GAP, items yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk 1 gram Gold Bar adalah RM 10.

Jika kita mengeluarkan 10 keping, bermaksud, kita perlu membayar RM 10 x 10 keping = RM 100.


Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih berat. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping.

Kalau keluarkan 10 keping, maksudnya kita perlu bayar RM100 (RM10 x 10 keping). Untuk lebih jimat, anda boleh mengeluarkan saja 10 gram, di mana kos Gold Premium hanya RM 15. Jimat RM 85 (RM 100 - RM 15).



Ini adalah contoh 1 gram berketulenan Emas 999.9



Ini pula adalah contoh gambar 10 gram Emas Public Gold yang berketulenan 999.9.


Lebih besar berat emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Premium yang dikenakan berdasarkan jenis ITEM, dan bukan berdasarkan “caj per gram”.



Adalah ia merupakan caj penghantaran kepada pembeli?


Tidak. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli. 


Untuk penghantaran terus ke rumah customers, ianya dikenali sebagai “Gold in Transit (GIT)”. GIT lebih mudah digunakan untuk customers yang jauh dari branch.

Adakah sama Caj Premium pembelian biasa dan pembelian secara EPP?


BERBEZA. Untuk pembelian secara EPP, ada caj tambahan yang dikenakan. 


Pengiraan : PG SELL + Premium Caj + EPP Premium

Jadual menunjukkan EPP Premium Fees

Ini merupakan contoh customer saya melakukan pembelian EPP 10 untuk 10 gram Emas berketulenan 999.9



PG Sell : RM 2,471
Caj Premium : RM 15
EPP Premium Fees : RM 10
Total : RM 2,496

Kenapa Public Gold kenakan Caj Gold Premium walaupun customers boleh ambil sendiri di cawangan Public Gold terdekat?

Untuk pengetahuan anda semua, cawangan Public Gold tidak menyimpan stock emas dalam kuantiti yang banyak. Stock Emas Public Gold sebenarnya di simpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Cawangan Public Gold hanyalah berfungsi sebagai “Distribution Centre”.

Jumlah stok yang disimpan adalah bersesuaian dengan jumlah jualan cawangan.



Video ini menunjukkan lokasi Public Safe di mana Public Gold menyimpan stok emas mereka.


Semoga anda semua dapat memahami dengan lebih jelas tentang Premium Caj.

Boleh follow Telegram saya:















Comments

Popular posts from this blog

Kemaskini Profile di Website Public Gold

Untuk pengetahuan anda, adalah penting untuk kita kemaskini profile di website Public Gold. Ini bagi mengelakkan nama Public Gold digunakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak, oleh, unsur jenayah untuk tujuan aktiviti pencucian wang (Money Laundering) seperti yang di kehendaki oleh Bank Negara Malaysia. Bagaimanakah langkahnya? Di bahagian hadapan, akan ada warna merah supaya anda lebih alert. Bahagian bawah akan ada 2 button seperti ini. Maka, kita perlu kemaskini PROFILE terlebih dahulu.  Isikan details yang diperlukan dan jangan lupa untuk "UPLOAD" IC anda depan dan belakang seperti ini. Setelah isi maklumat peribadi, attach gambar IC, request TAC. TAC ini akan dihantar ke email dan no telefon yang berdaftar dengan Public Gold. Kemudian, anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu kemaskini MAKLUMAT BANK . Untuk pelanggan Public Gold / Dealer, maklumat perbankan diperlukan adalah bertujuan untuk: - Buy Back (Penjualan Semula) : bermaksud sekiranya anda mahu menj

Apa itu GAP dan SAP?

  APA ITU GAP ATAU SAP PUBLIC GOLD? GAP = Gold Accumulation Program SAP = Silver Accumulation Program GAP dan SAP adalah program simpanan emas atau perak fizikal pertama di Malaysia di mana ianya memudahkan para penyimpan mengumpul emas atau perak dengan modal rendah iaitu minimun RM100 atau membeli sebanyak 1gram. Secara asasnya program GAP/SAP adalah seperti akaun Emas bank, akaun emas Passbook Maybank atau Gold Investment Account (GIA) Public Bank. Yang membezakan program ini adalah, penyimpan yang menyimpan di Akaun GAP boleh mengumpul dan mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal. Contoh emas fizikal yang ada di Public Gold adalah dalam bentuk “Gold Bar” atau “Dinar”. Emas di Public Gold juga merupakan emas yang diiktiraf di seluruh dunia. Para penyimpan juga boleh mengeluarkan emas bila-bila masa di cawangan Public Gold yang berdekatan tanpa dikenakan cukai. Uniknya Akaun GAP ini adalah, emas yang terkumpul boleh dijual secara online.  Anda cuma perlu tunggu duit masuk dalam akaun b

Auto-Debit ke Account GAP