Skip to main content

Apa itu Akaun GAP Public Gold



 


Saya kongsikan di sini beberapa FAQ's tentang akaun GAP, semoga bermanfaat.

APA ITU AKAUN GAP?


Akaun GAP ni macam akaun bank, tapi kita simpan emas. Penyata tunjukkan baki dalam gram, bukan RM.


BERAPA BELIAN MINIMA?




Belian mimima cuma RM100. Hari ini 1g RM259, bermakna dgn RM100 kita dapat 0.3861g. Nak beli lebih takda masalah.

Kita himpun hingga cukup untuk kita tebus mana-mana item gold bar atau dinar yg Public Gold jual - 1g boleh, 1kg pun boleh - asalkan kita tinggalkan minima 1g dalam akaun supaya akaun tak tutup. Kalau akaun tutup nak buka semula ada fee.


APAKAH CAS YANG DIKENAKAN?


Tiada yuran pendaftaran, simpanan atau apa-apa yuran tersembunyi. Bila kita beli emas melalui GAP simpanan percuma saja. Tiada cas apa-apa. Setiap sen kita terus tukar jadi emas fizikal.

Kita cuma bayar PREMIUM (mcm upah tukang) masa kita tebus, ikut size item yg kita tebus. Contohnya 10g cuma RM15, 100g RM70.

Oh dan bayar duit pos kalau kita nak mereka pos ke rumah.


BERAPA RM SAYA KENA COMMIT SETIAP BULAN?


Tiada komitmen melainkan dengan diri anda sendiri. Nak beli setiap minggu boleh, 10 kali sehari boleh, sebulan sekali boleh, setahun dua kali pun boleh. Tapi tentulah lebih kerap dan lebih konsisten akan lebih cepat nampak hasil.


ADAKAH GAP MEMBERI PULANGAN BULANAN?


GAP hanya platform membeli emas dan menyimpan emas yang anda beli itu. Emas tidak menjana pendapatan atau bercambah biak, akan tetapi nilainya berkembang sedangkan nilai duit kertas mengecut dihakis inflasi. 

Maka jika anda beli 1g dan tak menambah belian, selepas 10 tahun anda masih ada 1g saja. Yang berbeza cuma jika sewaktu anda beli harganya RM180 segram dan selepas 10 tahun harganya jadi RM450 segram, nilai tabungan anda sudah meningkat sebanyak RM270.

Jika anda teruskan membeli dengan konsisten anda akan beri 'volume' dalam tabungan anda, dan peningkatan harga emas akan memberi anda keuntungan lebih banyak.


BOLEHKAH SAYA DAPATKAN TUNAI DARI SIMPANAN SAYA?


Ada dua cara: pajak dgn arRahnu atau jual balik kepada Public Gold. Kedua-dua ini anda boleh buat atas talian, ikut harga emas semasa.

Contohnya jika anda sudah mengumpul 30g dan perlu guna duit dan mahu menjual 10g, boleh jual pada PG dan duit akan dikreditkan dalam akaun bank anda dalam masa 3 hari. Syaratnya maklumat peribadi seperti IC dan akaun bank sudah dikemaskini dalam akaun PG anda.


ADAKAH GAP PATUH SYARIAH?


Membeli dan menghimpun emas dalam akaun GAP telah diteliti dan diberikan pengesahan patuh syariah oleh Amanie Advisors, pakar perunding syariah bank, institusi kewangan dan syarikat di dalam dan luar negara.

BAGAIMANA CARA SAYA NAK MULA?


Nak beli perlu register dulu, kemudian cuma ke website atau app, login dan beli guna FPX. Mudah sangat.

Nak register? Beri saya nama penuh, IC no, email dan phone no.

Jom.







Comments

Popular posts from this blog

Bunga Mas dan Tai Fook Public Gold

  Hi, salam sejahtera. Hari ini kita akan berkongsi tentang design Bunga Mas dan Tai Fook dari Public Gold. Syarikat Public Gold adalah merupakan salah satu syarikat Emas di Malaysia yang mempunyai kilang emas sendiri ( Refiner ) dan boleh menghasilkan produk emas mengikut design sendiri. Antara design yang Public Gold hasilkan adalah Goldbar Bunga Mas dan juga Tai Fook . Kualiti emas yang dihasilkan oleh syarikat Public Gold sangat kemas walaupun BUKAN LBMA . Apa yang uniknya design Bunga Mas dan Tai Fook ini? BUNGA MAS Bunga Mas merupakan sebuah pokok emas yang menjadi “ ufti ” yang di hantar kepada Raja Siam setiap 3 tahun. Ufti ini diperbuat dari pohon kecil setinggi 1.5 meter dan seberat 15 kilogram di mana ianya di perbuat daripada emas dan perak serta diiringi dengan barangan mewah seperti senjata, hamba abdi, kain dan sebagainya. Pokok ini dibuat oleh Kesultanan Melayu yang terdiri dari empat buah negeri iaitu Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ianya merupakan tradis...

Kemaskini Profile di Website Public Gold

Untuk pengetahuan anda, adalah penting untuk kita kemaskini profile di website Public Gold. Ini bagi mengelakkan nama Public Gold digunakan sama ada dengan sengaja atau pun tidak, oleh, unsur jenayah untuk tujuan aktiviti pencucian wang (Money Laundering) seperti yang di kehendaki oleh Bank Negara Malaysia. Bagaimanakah langkahnya? Di bahagian hadapan, akan ada warna merah supaya anda lebih alert. Bahagian bawah akan ada 2 button seperti ini. Maka, kita perlu kemaskini PROFILE terlebih dahulu.  Isikan details yang diperlukan dan jangan lupa untuk "UPLOAD" IC anda depan dan belakang seperti ini. Setelah isi maklumat peribadi, attach gambar IC, request TAC. TAC ini akan dihantar ke email dan no telefon yang berdaftar dengan Public Gold. Kemudian, anda boleh teruskan dengan step seterusnya iaitu kemaskini MAKLUMAT BANK . Untuk pelanggan Public Gold / Dealer, maklumat perbankan diperlukan adalah bertujuan untuk: - Buy Back (Penjualan Semula) : bermaksud sekiranya anda mahu menj...

Panduan Reset Password di Website Public Gold

Langkah pertama ialah Login di Website Public Gold seperti biasa. Kemudian klik “ Forgot Your Password ”. Kemudian, masukkan email yang anda daftarkan di Public Gold dan klik button SUBMIT . Boleh rujuk seperti gambar di bawah. Di bahagian bawah Login Forgot Password dan boleh klik disitu. Isikan email yang berdaftar dengan Public Gold, dan klik button SUBMIT. Semak email dan kemudian, klik link yang di hantar. Tetapkan New Password anda yang baru. Selesai.